Usaha mewujudkan mobiliti bandar yang benar-benar lancar di Malaysia sering berakhir pada satu perkara yang sama, iaitu parkir. Walaupun penggunaan tunai dan tiket kertas semakin berkurangan, pemandu pada 2025 masih berdepan kepelbagaian sistem, keperluan kad yang berbeza, serta kelewatan di palang keluar.
Seiring keperluan operasi yang lebih pantas dan seragam, trend Parkir Pintar Malaysia menjelang 2026 dilihat tidak lagi bergantung kepada satu teknologi semata-mata. Sebaliknya, ia bergerak ke arah ekosistem pembayaran dwi yang disepadukan dalam satu platform.
Melalui TimeTec Parking, pendekatan ini menggabungkan dua ciri utama, iaitu automasi melalui potongan automatik berasaskan LPR (Auto-Deduction) atau eWallet Direct, serta fleksibiliti pembayaran menerusi DuitNow QRPay. Gabungan ini bertujuan mempercepat pengalaman pengguna, mengurangkan sentuhan fizikal, dan menjadikan pembayaran lebih mudah diakses.
Isi Kandungan
- 1. Asas: Pengecaman Plat Nombor Kenderaan (LPR) dan Automasi
- 2. Laluan 1: eWallet Direct, Pengalaman Paling Lancar
- 3. Laluan 2: DuitNow QRPay, Fleksibiliti Untuk Semua
- 4. Trend Dibina atas Sinergi dan Pilihan
- 5. Memacu Mobiliti Bandar Menjelang 2026
1. Asas: Pengecaman Plat Nombor Kenderaan (LPR) dan Automasi
Teras kepada penyelesaian parkir ini ialah teknologi Pengecaman Plat Nombor (License Plate Recognition, LPR). LPR mengubah pendekatan parkir daripada akses berasaskan kad kepada identiti berasaskan kenderaan.
Sebaik sahaja kenderaan memasuki kawasan parkir, sistem LPR merekod plat nombor sebagai rujukan kemasukan yang unik. Ini mengurangkan keperluan menurunkan tingkap, mencari kad, atau mengambil tiket fizikal. Rekod digital ini menjadi asas kepada dua laluan pembayaran yang berbeza tetapi sama cekap, selain membuka ruang untuk integrasi pengalaman pengguna dalam ekosistem digital yang lebih luas.
2. Laluan 1: eWallet Direct, Pengalaman Paling Lancar
Bagi pengguna yang mengutamakan kelajuan, TimeTec Parking menawarkan LPR Auto-Deduction, yang turut dikenali sebagai eWallet Direct.
Kaedah ini membolehkan pemandu keluar masuk kawasan parkir tanpa perlu berhenti. Ia khusus untuk pengguna yang telah memautkan plat nombor kenderaan kepada aplikasi eWallet pilihan. Sistem menggunakan rekod kemasukan LPR untuk menjejak tempoh parkir. Apabila kenderaan tiba di laluan keluar, caj parkir dikira dan potongan dibuat secara automatik daripada dompet digital pengguna. Palang akan dibuka secara automatik tanpa perlu berhenti, mengimbas, atau membuat bayaran secara manual di lorong keluar.
Pendekatan ini juga mengurangkan isu yang biasa berlaku dalam sistem kad tradisional seperti baki tidak mencukupi, kad rosak akibat penggunaan berulang, serta keperluan menyentuh terminal fizikal.
Antara aplikasi pembayaran yang telah menyertai inisiatif ini termasuk Touch ‘n Go, Setel, GoNet eWallet, dan Flexi App, dengan jangkaan lebih banyak eWallet akan turut serta menjelang 2026.

3. Laluan 2: DuitNow QRPay, Fleksibiliti Untuk Semua
Walaupun potongan automatik melalui LPR menawarkan kemudahan tertinggi, ia memerlukan pendaftaran awal plat nombor. Jadi bagi pengguna sekali-sekala, pelawat, atau mereka yang memilih untuk tidak memautkan plat nombor, TimeTec turut menyediakan integrasi DuitNow QRPay bagi memastikan pengalaman parkir kekal mudah untuk semua.
Di lorong keluar, sistem mengira caj dan memaparkan kod QR DuitNow yang unik dan dinamik pada skrin LCD. Kod ini boleh diimbas dan dibayar menggunakan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau eWallet yang menyokong DuitNow.

Sebagai piawaian QR yang boleh digunakan merentas pelbagai aplikasi, DuitNow QRPay memastikan pemandu tidak perlu memuat turun aplikasi baharu khusus semata-mata untuk urusan parkir. Sama ada pengguna memilih aplikasi perbankan utama (seperti yang disediakan oleh institusi kewangan teras yang menyokong pelaksanaan ini) atau eWallet, proses pembayaran adalah seragam, pantas dan selamat. Setelah pembayaran disahkan, palang akan dibuka serta-merta.
4. Trend Dibina atas Sinergi dan Pilihan
Gabungan kaedah parkir LPR yang diperkukuh dengan eWallet Direct dan DuitNow QRPay meletakkan platform TimeTec sebagai penyelesaian parkir tanpa tunai dan tanpa sentuhan yang relevan untuk masa terdekat. Pendekatan dwi ini memberi pilihan mengikut profil pengguna:
- Pengguna eWallet Direct: automasi potongan LPR yang lancar untuk kegunaan harian, tanpa henti.
- Pengguna tanpa eWallet Direct: fleksibiliti dan pembayaran segera melalui DuitNow QRPay menggunakan aplikasi pembayaran sedia ada.
Menurut Encik Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif TimeTec Group, sistem DuitNow QRPay direka sebagai kaedah pembayaran alternatif yang berpotensi menjadi lebih popular berbanding sistem kad, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dari segi kemudahan dan kecekapan operasi.

5. Memacu Mobiliti Bandar Menjelang 2026
Inisiatif ini selari dengan dorongan ke arah mobiliti bandar tanpa sentuhan. Antara manfaat kepada operator parkir ialah saluran pembayaran yang lebih efisien, termasuk potensi kos transaksi yang lebih kompetitif melalui kadar diskaun pedagang (MDR), sekali gus memudahkan pelaksanaan dan penaiktarafan sistem.
TimeTec turut mensasarkan sehingga 100 tapak parkir bersedia dengan QRPay menjelang suku pertama 2026, termasuk Menara Merdeka 118. Bagi tapak yang sudah mempunyai LPR, integrasi ini merupakan penaiktarafan yang lebih mudah dengan sokongan program pelaksanaan yang disediakan.

Dengan menggabungkan infrastruktur kewangan yang dipercayai dan teknologi parkir pintar yang matang, sistem pembayaran dwi TimeTec bukan sekadar penambahan kaedah bayaran. Ia ialah evolusi pengalaman parkir yang menekankan kelajuan, pilihan, dan kelancaran bagi menyokong trend Parkir Pintar Malaysia untuk 2026 dan seterusnya.
03-8070 9933 • Email • www.timeteccloud.com • Interest Form