Pengenalan: Peralihan Paradigma yang Membentuk Masa Depan Parkir
Sistem parkir kini sedang berubah dengan pesat di seluruh dunia. Jika dahulu ia sekadar perniagaan berasaskan perkakasan, beroperasi secara terasing dan bergantung pada tiket serta palang automatik, kini ia berkembang menjadi ekosistem digital yang dipacu perisian, disambungkan ke awan dan menyokong pelbagai kaedah pembayaran moden.
Peralihan ini bukan lagi pilihan, sebaliknya telah menjadi satu keperluan berikutan peningkatan jangkaan pengguna, tuntutan pematuhan regulasi kerajaan seperti e-Invois, serta keperluan terhadap data masa nyata, automasi dan integrasi dengan sistem pengurusan bangunan.
Pada era transformasi ini, TimeTec Parking muncul sebagai platform parkir pintar berasaskan awan yang mengubah cara tempat letak kereta diurus, diintegrasi dan menjana hasil.
Isi Kandungan
- Pengenalan: Peralihan Paradigma yang Membentuk Masa Depan Parkir
- Evolusi Sistem Parkir: Daripada Berasaskan Perkakasan kepada Berasaskan Awan
- Apakah yang Mendorongan Transformasi Digital Ini?
- Struktur Awan TimeTec Parking: Piawaian Baharu Untuk Tempat Letak Kereta Moden
- Impak Sistem Parkir Automatik terhadap Operator dan Kemudahan Tempat Letak Kereta
- Pengalaman Pengguna: Sistem Parkir Sepatutnya Terasa Lebih Lancar
- Mengapa TimeTec: Ekosistem Awan Parkir Paling Lengkap di Rantau Ini
- Kesimpulan: Parkir Kini Menjadi Gerbang Utama Bangunan Digital
Evolusi Sistem Parkir: Daripada Berasaskan Perkakasan kepada Berasaskan Awan

Industri parkir kini bukan lagi sistem yang bersendirian. Ia semakin sejajar dengan transformasi bangunan pintar dan komuniti pintar secara keseluruhan.
1. Berasaskan perkakasan → Berasaskan perisian
Sistem lama banyak bergantung pada kiosk, tiket dan pelbagai peranti fizikal.
Parkir berasaskan awan mengurangkan kebergantungan kepada perkakasan, sekali gus mengurangkan kerosakan dan menurunkan kos CAPEX.
2. Fokus hadapan (front-end) → Dikendalikan dari belakang tabir (back-end)
Kini, sistem parkir moden memusatkan logik dan automasi di bahagian back-end berasaskan awan, bukan lagi pada mesin di tapak.
3. Tunai → Tanpa tunai → Tanpa sentuhan
Pengguna parkir kini tidak lagi mahu beratur, menyentuh kad atau mengendalikan wang tunai, maka sistem parkir tanpa sentuhan berasaskan LPR dan eWallet Direct menjadi pilihan utama.
4. Satu kaedah bayaran → Ekosistem pelbagai kaedah pembayaran
Tempat letak kereta moden memerlukan sekurang-kurangnya 10 pilihan pembayaran, termasuk kad bank, TnG dan pautan ke pelbagai eWallet.
5. Berasaskan Windows → SaaS berasaskan awan
Perisian awan menawarkan masa operasi yang lebih stabil, mudah diskalakan, bebas daripada isu pelayan dan membolehkan sokongan jarak jauh yang lebih cepat.
6. Sistem tertutup → Berintegrasi dan patuh e-Invois
Sistem parkir kini boleh diintegrasikan dengan pelbagai sistem lain seperti perakaunan hartanah, portal LHDN MyInvois, sistem pengurusan pelawat, aplikasi komuniti serta sistem mata ganjaran dan kesetiaan.
7. Parkir berasingan → Gerbang digital sesebuah bangunan
Parkir kini menjadi pintu masuk utama, sumber data penting dan titik yang mengaktifkan pelbagai proses automasi dalam keseluruhan ekosistem hartanah.
Apakah yang Mendorongan Transformasi Digital Ini?
1. Operator mahu pelaburan dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah
Kurang penggunaan perkakasan bermakna kurang risiko kerosakan, pemulihan lebih pantas dan kos jangka panjang yang lebih rendah.
2. Pengguna mahukan akses tanpa halangan
Pengguna menjangkakan tahap kelajuan dan kemudahan yang sama seperti ketika mereka menggunakan eWallet dan perbankan dalam talian.
3. Kerajaan menggalakkan pematuhan digital
Keperluan e-Invois oleh LHDN mempercepatkan penggunaan sistem berasaskan awan dalam operasi parkir dan pengurusan hartanah.
4. Organisasi memerlukan gambaran masa nyata
Pihak pengurusan mermerlukan papan pemuka (dashboard) yang boleh diakses dari jauh, pemantauan masa nyata, amaran segera, analisis pembayaran dan analitik berasaskan AI bagi menyokong pembuatan keputusan yang lebih pantas dan tepat.
5. Ekosistem Pembangunan yang bersepadu: Parkir + Komuniti + HR + Perakaunan
Ekosistem yang bersepadu membolehkan aliran data lebih lancar, kos operasi lebih rendah, keputusan dibuat dengan lebih pantas serta pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhan.
Struktur Awan TimeTec Parking: Piawaian Baharu Untuk Tempat Letak Kereta Moden

TimeTec Parking dibentuk dengan struktur sistem yang kukuh dan mudah diskala, direka untuk menyokong keperluan automasi parkir dan pengurusan bangunan pada dekad akan datang.
1. ‘Cloud PMS’ (Sistem Pengurusan Parkir)
Berfungsi sebagai elemen utama dalam pengurusan konfigurasi peraturan, tingkah laku LPR, pas bermusim, API parkir valet untuk integrasi dengan sistem pihak ketiga serta tapak operasi.
2. Portal Penyelesaian Pembayaran (Settlement Portal)
Mengautomasi MDR, penyelarasan transaksi, bayaran kepada peniaga dan penyelesaian pelbagai jenis eWallet, yang lazimnya tidak disokong oleh sistem parkir tradisional.
3. Pelbagai pilihan saluran pembayaran
Mengurus kad TnG, kad bank seperti MyDebit, Visa dan Mastercard, DuitNow QR, eWallet seperti Setel, TnG, Flexi dan GoNet melalui eWallet Direct, serta gerbang pembayaran dalam talian seperti iPay88 dan Fiuu, di samping bersedia menyokong kaedah pembayaran digital baharu pada masa hadapan.

4. Berpandukan Automasi
Sistem automasi untuk peringatan, contohnya peringatan bayaran parkir bermusim, peraturan sekatan (blocking rules), notifikasi automatik, dan laporan berjadual.
5. Papan Pemuka (Dashboard) Data Analitik
Paparan data penghuni parkir masa nyata, trend penggunaan, pemprofilan pengguna dan huraian pendapatan, serta ramalan yang membantu perancangan dan keputusan pengurusan.
6. Integrasi i-Account
Data dan transaksi parkir dimasukkan terus ke dalam sistem perakaunan hartanah, tanpa perlu diinput semula secara manual.
7. Modul e-Invois LHDN
Pengeluaran invois dan CRN secara automatik, penjanaan laporan serta pematuhan keperluan e-Invois LHDN.
8. Pemantauan Jarak Jauh
Status kesihatan peranti, status kamera, amaran, pengesanan salah guna, dan amaran penyelenggaraan ramalan.
9. Fokus TimeTec
TimeTec menyediakan modul kediaman pintar, bangunan pintar, pengurusan pelawat, penyelenggaraan, dan modul perniagaan berhampiran (near-filed commerce) yang sedia untuk pengembangan sistem parkir kepada ekosistem bangunan pintar yang lebih besar.
10. API – Integrasi Sistem Pihak Ketiga
API juga disediakan untuk integrasi dengan sistem pihak ketiga.
Impak Sistem Parkir Automatik terhadap Operator dan Kemudahan Tempat Letak Kereta
1. Kos Perkakasan Lebih Rendah
- Kiosk berkurangan, tiada lagi keperluan mesin pembayaran automatik yang kompleks.
- Mengurangkan kebergantungan kepada komponen mekanikal.
- Sistem dioperasikan menggunakan LPR dan dikawal melalui awan.
2. Penyelenggaraan Berkurang
- Kurang kerosakan.
- Sokongan teknikal lebih pantas.
- Keperluan untuk menyelesaikan isu di tapak projek dapat diminimumkan.
3. Automasi Berskala
- Pengebilan automatik.
- Penyelarasan transaksi automatik.
- e-Invois automatik.
- Peringatan automatik.
- Laporan automatik.
4. OPEX Lebih Stabil dan Konsisten
Operator tidak lagi terbeban dengan kos penyelenggaraan luar jangka, sebaliknya beralih kepada langganan sistem awan yang lebih stabil dan mudah dirancang.
5. Pengurusan Jarak Jauh
Semua tapak projek, status, amaran dan pendapatan boleh dipantau melalui satu papan pemuka (dashboard).
6. Pelaksanaan Ciri Baharu Yang Lebih Pantas
Tiada lagi penggantian perkakasan, kemas-kini dilakukan melalui awan, saluran pembayaran baharu dan penambahbaikan aliran kerja dilaksanakan serta-merta.
Pengalaman Pengguna: Sistem Parkir Sepatutnya Terasa Lebih Lancar
Pemandu moden kini mahu pengalaman penggunaan yang ringkas dan mudah:

• Masuk dan keluar menggunakan LPR dengan lancar
• Tiada barisan, tiada sentuhan kad
• Pelbagai pilihan pembayaran
• E-resit dan e-Invois yang diterima serta-merta
• Pengalaman yang konsisten dan boleh dipercayai setiap kali digunakan
Dengan adanya sistem parker yang mampu berfungsi dengan baik, proses masuk, pembayaran dan keluar dapat berlangsung dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan kepada pengguna.
Mengapa TimeTec: Ekosistem Awan Parkir Paling Lengkap di Rantau Ini
TimeTec kini bukan sekadar vendor sistem parkir. Namun, ianya telah menjadi peneraju ekosistem bangunan pintar yang lengkap.
Apa yang membezakan TimeTec?
- 20 tahun DNA perisian awan
- Ekosistem bersepadu: Parkir → Komuniti → Bangunan → Perakaunan
- Keupayaan menyokong pelbagai gerbang pembayaran
- Analitik dan automasi lanjutan
- Kebolehpercayaan yang terbukti di ratusan tapak
- Integrasi modul e-Invois dalam sistem
- Pematuhan ISO27001, PDPA dan ujian pencerobohan pihak ketiga
- Memiliki 30 paten, termasuk 4 paten dalam parkir pintar
- Pensijilan CIDB G7, CMMI3
- Pasukan kejuruteraan R&D dalaman yang kukuh
TimeTec memfokuskan dalam membina infrastruktur digital jangka panjang, bukan sekadar tampalan perkakasan sementara.
Kesimpulan: Parkir Kini Menjadi Gerbang Utama Bangunan Digital
Parkir bukan lagi sekadar pusat kos. Ia kini berperanan sebagai enjin digital yang memacu bangunan lebih pintar, meningkatkan kecekapan, menurunkan kos operasi dan memperbaik pengalaman pengguna.

Dengan TimeTec Parking, setiap tempat letak kereta menjadi:
- Lebih ringkas
- Lebih pintar
- Lebih mampan
- Sepenuhnya terhubung
- Sedia akan masa hadapan
Inilah peralihan paradigma yang sedang mengubah industri, dan TimeTec berada di barisan hadapan perubahan ini.
03-8070 9933 • Email • www.timeteccloud.com • Interest Form