SOALAN LAZIM PAKEJ PRODUK ANTI-EPIDEMIK

  1. Bacaan suhu badan di peranti adalah praktikal tetapi adakah anda juga menjual peranti tanpa ciri ini agar boleh dioptimumkan pemasangan?
  Tidak. Kami tidak menjual sensor suhu badan secara berasingan dengan peranti kami. Suhu badan tidak dapat dikeluarkan atau dipasang ke peranti lain. Semua alat pengecam wajah dijual sebagai satu set lengkap dengan bacaan suhu.
  2. Jika kami memilih peranti yang boleh mengimbas telapak tangan untuk akses, adakah peranti akan membenarkan sesiapa yang demam untuk masuk? Bukankah ini berisiko tinggi?
  Peranti telapak tangan dan pengecaman wajah kami direka dengan pengimbas suhu yang berlainan untuk tujuan pengambilan suhu badan. Peranti ini masih akan menghalang akses jika suhu yang tinggi dikesan. Walaubagaimanapun, ciri ini adalah pilihan yang boleh ditutup di dalam Setting.
  3. Bolehkah Smart AC1/TD dan Proface X/TD mengimbas wajah ketika pengguna memakai kaca mata dan topeng muka? Bagaimana jika pengguna memakai kaca mata hitam dan topeng muka?
  Peranti-peranti ini boleh mengesahkan pengguna yang memakai topeng muka dan berkacamata tetapi bukan berkaca matahitam.
  4. Apakah default suhu tinggi dalam peranti ini yang akan dikira sebagai demam? Bolehkah suhu ini ditukar?
  Ianya 37.5°C. Anda boleh menukar suhu badan tinggi ini di bawah konfigurasi setting.
  5. Bolehkah pembunyi isyarat demam di dalam peranti ini ditutup? Saya lebih suka sekiranya terdapat pilihan untuk mengaktifkan larangan akses bagi mereka yang demam.
  Indeks amaran kepada pembunyi isyarat demam boleh ditukar. Masukkan tahap toleransi bagi suhu badan tertinggi dan terendah bagi ambang amaran. Anda juga mempunyai pilihan untuk membuka/menutup kebenaran akses jika pengguna tidak melepasi kriteria suhu yang ditetapkan. Rujuk imej di bawah.
  6. Apakah perbezaan antara Smart AC1/TD dan ProFace X/TD? Rupa mereka kelihatan sama.
  Kedua peranti ini mempunyai saiz yang tidak sama, cara pemasangan dan suhu toleransi yang berlainan. Walaubagaimanapun, Smart AC1/TD dan Proface X/TD tidak disarankan digunapakai di luar rumah. Jika suhu di luar rumah terlalu panas, ini akan menyebabkan kerosakan kepada prestasi peranti dan paparan suhu. Modul bagi suhu badan di peranti ini juga tidak kalis air atau kalis habuk. Terdapat juga perbezaan 0.5°C dalam pengukuran suhu bilik.
  Smart AC1/TD ProFace X/TD
Kaedah Pengesahan Muka, cap jari dan telapak tangan Wajah dan Tapak Tangan
Kapasiti Pengguna Sehingga 10,000 Sehingga 50,000
Templat Muka Sehingga 6,000 Sehingga 30,000
Templat Cap Jari Sehingga 6,000 -
Templat Tapak Tangan Sehingga 3,000 Sehingga 5,000
Log transaksi Sehingga 200,000 Log transaksi dengan 100,000
Dimensi Produk 91.93 x 220 x 22.5 143 x 227 x 26.1
Kaedah Pemasangan Pasang di pintu pusing Pasang di Dinding/ Pasang di atas pintu pusing atau pintu hadang
Persekitaran Operasi -10°C ~ 45°C  -30°C ~ 60°C 
  7. Jika seseroang tidak demam dan tidak memakai topeng muka, adakah dia akan dibenarkan masuk?
  Admin boleh konfigurasi setting untuk memberi akses hanya kepada mereka yang membuat pengecaman wajah tanpa atau dengan bertopeng muka. Jika settings membenarkan akses kepada mereka yang memakai topeng muka, peranti tidak akan memberi akses walaupun pengesahan wajah dilakukan.
  8. Sesetengah negara menggunakan centigrade (° C) dan ada yang menggunakan Fahrenheit (° F), bagaimana dengan produk ini?
  Produk ini menyokong kedua-duanya. Sila rujuk ke Unit Suhu di dalam Menu.
  9. Selaju mana pengimbas logam boleh merakam suhu seseorang? Adakah ketinggian menjadi faktor
  Masa pengesanan ialah kurang dari 1 saat. Ini memerlukan jarak 15cm di antara tubuh manusia dan pengesan suhu infrared. Ketinggian pengesan suhu ialah 1.5. Untuk pengesahan yang lebih tepat, pengguna disaran mengesahkan suhu di pergelangan tangan bagi mengelakkan bacaan suhu dahi yang tidak tepat diambil akibat faktor ketinggian.
  10. Apabila pengesan logam mengesan suhu demam, adakah ia akan memberi amaran atau memberi isyarat bunyi untuk memberitahu pengawal/kakitangan berhampiran?
  Isyarat bunyi akan berbunyi.
  11. Adakah data suhu dari pengesan logam ini akan direkodkan oleh perisian?
  Peranti ini tidak menggunakan perisian.
  12. Jika sensor suhu ini rosak atau memberikan bacaan salah, adakah kami perlu menukar sensor suhu sahaja atau perlu menukar keseluruhan peranti?
 
a. Smart AC1/TD b. ProFace X/TD c. Metal Detector d. Black Body
Modul pengesan suhu untuk semua peranti di atas perlu diuruskan oleh kilang. Jika perkakasan dikesan rosak, pengguna tidak boleh menukar atau membetulkannya sendiri. Sila hubungi tim servis kami untuk bantuan.
  13. Bagaimanakah ketepatan pengukur suhu badan di peranti ini? Bagaimanakah spesifikasi ini berbeza antara satu sama lain?
 
a.Smart AC1/TD
Ketepatan ±0.3℃
b.ProFace X/1TD
Ketepatan ±0.3℃
c.Metal Detector
Ketepatan ±0.3℃
d.Black Body
Ketepatan ±0.3℃
Sila pastikan semua pemasangan dilakukan di dalam rumah yang suhu persekitarannya terkawal. Elakkan memasang menghadap tingkap, penghawa dingin, radiator atau objek lain. Disarankan agar suhu bilik kekal di antara 22-27 degrees.
  14. Model manakah yang memerlukan penyelenggaraan minima?
  Smart AC1/TD dan Proface X/TD menawarkan ciri-ciri yang sama. Keduanya memerlukan penyelenggaraan yang minima.
  15. Adakah Black Body boleh mengenal 16 wajah/saat dengan bacaan suhu badan yang tepat? Bagaimana untuk menjamin tiada kesilapan bacaan?
  Ya. Kami melakukan pelbagai ujian sebelum produk ini dihasilkan dengan 98% ketepatan yang dijamin.
  16. Adakah Smart AC1/TD dan ProFace X/TD boleh tahan panahan cahaya matahari?
  Tidak. Peranti ini tidak disarankan untuk dipasang di luar rumah. Elakkan pemasangan di lokasi yang mendapat panahan matahari yang kuat. Perlu diingatkan bahawa suhu persekitaran mampu memberi impak kepada julat pengukuran suhu. Peranti ini hanya boleh menahan intensiti sehingga 20,000-30,000 lux tetapi julat pengukuran suhu mesti berada di antara 25℃ - 40℃.
  17. Adakah pemasangan pengesan logam memerlukan peralatan khusus?
  Cara pemasangan dinyatakan di dalam imej di bawah:
  18. Adakah Smart AC1/TD dan ProFace X/TD menyokong teknik anti spoofing?
  Tidak. Apabila ciri pengecaman wajah ketika bertopeng muka diaktifkan, ia akan memberi impak kepada pengesahan anti spoofing. Dalam kesini, verifikasi telapak tangan perlu digunapakai.
  19. Berapa pantas proses pengesahan bagi Smart AC1/TD and ProFace X/TD?
  Kurang dari 0.55 saat.
  20. Bolehkah Smart AC1/TD and ProFace X/TD disambung terus ke kunci elektromagnetik?
  Ya, kedua-dua model boleh disambung terus ke kunci EM ini untuk tujuan akses.
  21. Mengapa harga peranti yang mempunyai pengesan suhu ini ditawar mahal di pasaran?
  Pembekal yang menghasilkan peranti sebegini tidak ramai di pasaran. Peranti yang mempunyai ketepatan tinggi begini mempunyai pembekal yang terhad. Lebih tepat lagi, peranti pembaca suhu ini boleh mengesan perbezaan suhu walaupun kecil, dan ciri ini penting dalam mengesan suhu badan yang tepat. Tambahan, pembaca suhu biasa perlu diajukan dalam jarak 2cm di dahi, tetapi sensor di dalam peranti ini boleh mengesan suhu jarak jauh dengan ketepatan tinggi.
  22. Adakah Smart AC1/TD telah mendapat pengiktrafan oleh SIRIM ?
  Smart AC1/TD bukan produk multimedia dan komunikasi yang memerlukan kelulusan daripada SIRIM untuk diimport masuk ke Malaysia. Produk ini tidak memerlukan kalibrasi daripada SIRIM kerana produk ini bukan menggunakan termometer biasa dan ia menggunakan teknologi untuk mengimbas suhu badan manusia.
  23. Bolehkah Smart AC1 / TD dan ProFaceX-TD mengambil gambar?
  Ya, peranti dapat mengambil gambar kehadiran dan menyimpannya di dalam peranti.
  24. Bolehkah Smart AC1 / TD dan ProFaceX-TD digunakan / dilampirkan dengan pencetak?
  Tidak.
  25. Bolehkah Smart AC1 / TD dan ProFaceX-TD digunakan / dilampirkan dengan pengimbas?
  Tidak.